Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian.
Mata pelajaran                                              : Pendidikan Islam
Kelas                                                              : 4 Ikhlas
Tarikh                                                             : 7 April 2013 / 25 Rabiul Awal 1434
Masa                                                              : 8.30- 9.30 pagi (1 jam)
Bilangan murid                                            : 20 orang (9 lelaki 11 perempuan)
Bidang                                                           : Ibadah
Tajuk pelajaran                                             : Bersuci daripada najis
Hasil pembelajaran                                     : Murid dapat:
1)    Menyebut maksud bersuci daripada najis     dan hadas.
2)    Menyatakan maksud jenis-jenis najis dan contohnya.
3)    Menunjukkan cara-cara bersuci daripada najis.
Pengetahuan/ pengalaman sedia ada    : Murid-murid tahu konsep istinjak.
Kemahiran berfikir                                       : Mengenalpasti dan sumbang saran.
Gabung jalin                                                 : Akhlak (Adab menjaga kebersihan diri).
Penyerapan ilmu/ rentasan                                   : Pendidikan Kesihatan dan Jasmani.
Penerapan nilai                                           : Tekun, tumpuan dan bersungguh-sungguh.
Bahan bantu mengajar                               : Tanah, video pembelajaran, tanah, kain dan                                                                             air.


Fasa pengajaran/ (masa)
Isi kandungan
Aktiviti pembelajaran
Catatan
Pendahuluan
 (3 minit)
Bacaan doa:
اللهمّ افتح علينا حكمتك وانشر علينا من حزائن رحمتك يا ارحم الرحمين.
Bacaan syahadah:
أشهد ان لا إله إلا الله
وأشهد أنّ محمّد رسول الله.
- Seorang murid diminta oleh guru untuk mengetuai bacaan doa.
- Murid-murid lain diminta mengikut bacaan doa bersama-sama/ mengaminkan bacaan doa.
- Semua murid melafaz kalimah syahadah bersama-sama.

Set induksi
(5 minit)
Sebuah bekas yang mengandungi tanah.
1)    Apa yang ada di dalam bekas ini?
2)    Siapa pernah bermain dengan tanah?
3)    Adakah tanah itu kotor?
4)    Adakah semua benda kotor itu najis?


- Murid-murid melihat sebuah bekas yang berisi tanah di hadapan kelas.
- Murid-murid menjawab setiap pertanyan guru.
- Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran pada hari tersebut.
Nilai: Tekun.
Kaedah: Sumbang saran.
Bahan bantu: Tanah.
Langkah 1
(10 minit)
Video pembelajaran



- Murid-murid menonton video pembelajaran tentang tajuk “Maksud Bersuci daripada Najis”.
- Murid diminta untuk memahami  maksud bersuci dan najis seperti yang terdapat dalam video pembelajaran tersebut.
- Murid mendengar penjelasan yang lebih mendalam daripada guru tentang maksud bersuci daripada najis.
- Murid diminta menghafal makna bersuci dan najis.

Nilai: Tumpuan.
Kaedah: Penerangan dan pandang dengar.
Bahan bantu: Video pembelajaran.
Langkah 2
(10 minit)
Video pembelajaran
- Murid-murid menonton video pembelajaran tentang tajuk “Bahagian Najis”.
- Murid-murid mendengar penerangan daripada guru.
- Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
- Setiap kumpulan diberikan satu sampul surat yang mengandungi beberapa gambar kesemua najis.
- Setiap kumpulan perlu mengkategorikan gambar mengikut bahagian najis (mukhaffah, mutawasitah dan mughalazah).
Nilai: Tekun.
Kaedah: Pandang dengar dan penerangan.
Bahan bantu: Video pembelajaran.
Langkah 3
(15 minit)
Video pembelajaran (Cara Menyucikan Najis Mukhaffah, Mutawassitah dan Mughalazah).
- Murid-murid menonton video pembelajaran tentang tajuk “Cara Menyucikan Najis”.
- Murid- murid berada dalam kumpulan masing-masing.
- Setiap kumpulan diberikan beberapa peralatan yang diperlukan  untuk melakukan amali cara bersuci daripada najis.
- Setiap murid melakukan cara bersuci daripada 3 jenis najis (mukhaffah, mutawasitah dan mughalazah) dalam kumpulan masing-masing.
- Setiap perlakuan murid dalam kumpulan  diawasi oleh guru.
Nilai: Bersungguh-sungguh.
Kaedah: Simulasi.
Bahan bantu: Video pembelajaran, peralatan bersuci (1 tupperware kecil, kain, dan tanah.)
Langkah 4
(10 minit)
Kuiz Pintar Cerdas.
- Setiap murid berada dalam kumpulan masing-masing.
- Setiap kumpulan perlu menjawab 10 soalan yang diajukan oleh guru di hadapan kelas.
- Kumpulan yang berjaya menjawab satu soalan yang diajukan oleh guru akan mendapat 5 bintang untuk dikumpulkan di dalam papan “Saya Juara”.
- Kumpulan yang paling banyak mengumpul bintang akan dinobatkan sebagai juara.
Nilai: Tumpuan.
Kaedah: Soal jawab.
Bahan bantu: Kuiz.
Penutup
(7 minit)
Penutup kognitif
Menyebut semula maksud bersuci daripada najis, jenis-jenis najis dan cara menyucikannya.





Penutup sosial
Mengingat dan menasihati murid supaya mengulangkaji pelajaran di rumah dan beramal dengan ilmu yang telah diperoleh ini.



Kerja lanjutan
Menjawab soalan bagi tajuk “Bersuci daripada Najis” di buku latihan.
- Murid diminta menyebut semula maksud bersuci daripada najis.
- Murid menyebut jenis-jenis najis dan contohnya.
- Murid menerangkan cara menyucikan 3 jenis najis tersebut.



- Murid dinasihatkan supaya mengulangkaji pelajaran di rumah.
- Murid dinasihatkan agar menjaga kebersihan diri dan sentiasa berada dalam keadaan yang suci daripada najis.


No comments:

Post a Comment