Nota

Pengertian


Najis ialah sesuatu benda yang kotor pada hukum syarak dan menyebabkan solat serta tawaf tidak sah.



Istiqamah menjaga kebersihan


Islam telah mensyariatkan umatnya supaya menjaga kebersihan rohani dan jasmani sebagaimana firman Allah,


سورة البقرة ٢:٢٢٢


Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan dirinya.
Amalan bersuci marangkumi penjagaan kebersihan diri, tempat, pakaian serta hal-hal berkaitan dengan makanan dan minuman. Kebersihan perlu dijaga supaya ibadah kita diterima oleh Allah. Sekiranya kita tidak mengamalkan kebersihan, sudah tentu pelbagai jenis penyakit akan mudah tersebar dan merebak. Selain itu, pencemaran juga menjadi punca kepada persekitaran yang tidak sihat.
Oleh itu, amalan menjaga kebersihan ialah satu amalan yang baik dan mulia serta perlu dipupuk semenjak kecil lagi. Amalan ini juga akan diberikan ganjaran pahala di sisi Allah.









Najis Mughalazah (مغلظة)

Anjing, babi dan kotorannya serta segala perkara yang berkaitan dengan kedua-duanya.Contoh: Air kencing, air liur dan darah.





Cara menyucikannya


1- Hilangkan najis yang terkena pada badan, pakaian atau tempat.
2- Gunakan air mutlak. Basuh sebanyak 7 kali termasuk 1 kali air yang bercampur tanah, sehingga hilang bau, warna dan rasa.






Najis Mukhaffafah (مخففة)

Air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur dua tahun ke bawah yang hanya minum susu ibunya.





Cara menyucikannya

1- Hilangkan najis yang terkena pada badan, pakaian atau tempat.2- Renjiskan air mutlak.3- Lapkan hingga kering.





Najis Mutawasitah (متوسطة)


Najis selain daripada najis mughalazah dan mukhaffafah.
Contoh: darah, nanah, tahi dan muntah.



Cara menyucikannya

1- Hilangkan najis yang terkena pada badan, pakaian atau tempat.2- Basuh dengan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa.

No comments:

Post a Comment